AsiahYusro
Female
sarawak

<< February 2010 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Mar 1, 2008
mentari hidup

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah.. Dia masih memberi aku peluang untuk meneruskan hidup pada hari yang penuh berkah ini. Selesai solat subuh, aku duduk menghadap tingkap bilik sambil memulakan bacaan ma`thurat.. hati ini masih juga bingung, kosong tak terisi.. tapi sedikit tenang . ku teruskan lagi mengulang hafalan surah Al-Mulk. Setelah selesai, aku memandang ke luar tingkap.. suasana berkabus.. sejuk menyelimuti alam tuhan yang indah. Aku sengaja memasang lagu Mentari Hidup yang dialunkan oleh kumpulan Haikal untuk memancing rasa tenang.

Namun begitu, hati ini semakin sebak.. bait2 lagu tu amat menusuk jiwa..

Kala senja itu tiba

Ku termenung sendiri

Terasa diriku ini jauh dari rahmat tuhan

Dosa yang aku lakukan menerjah ruang fikiran

masihkah ada untukku keampunan

Gelap rasa dunia ini tanpa cahaya ilahi

Baru kini ku sedari jalan yang aku lalui

Memusnah pedoman hidup

melempar hati ku ini kelembah kehinaan

Dalam kegelapan itu

Terbit cahaya dariMu memandu hambaMu menuju iman

menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran

Kau terangi jalanku menuju syurgaMu

dan  kau tunjuki dengan hidayahMu

hanyalah padaMu ku hadapkan diri mohon keampunan

Kala senja itu tiba

Ku termenung sendiri

Terasa diriku ini jauh dari rahmat tuhan

Dosa yang aku lakukan menerjah ruang fikiran

masihkah ada untukku keampunan

Gelap rasa dunia ini tanpa cahaya ilahi

Baru kini ku sedari jalan yang aku lalui

Memusnah pedoman hidup

melempar hati ku ini kelembah kehinaan

Dalam kegelapan itu

Terbit cahaya dariMu memandu hambaMu menuju iman

menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran

Kau terangi jalanku menuju syurgaMu

dan kau tunjuki dengan hidayahMu

hanyalah padaMu ku hadapkan diri mohon keampunan

Kala senja itu tiba

Ku termenung sendiri

Terasa diriku ini jauh dari rahmat tuhan

Dosa yang aku lakukan menerjah ruang fikiran

masihkah ada untukku keampunan

wahai yang maha pengasih

bantulah hambaMu ini

yang kian terumbang- ambing

di dalam arus duniawi

ku berdoa kepadaMu

memohon limpah rahmatMu

mentari hidupku kan bersinar kembali..

 

ya Allah, banyaknya  dosa ku selama ini, tak mampu aku tanggung..apa masih terbuka untukku pintu rahmat Mu? Ya Allah, andainya aku mati di saat ini, alangkah hinanya nasibku.. hari2 yang aku lalui penuh kelalaian, hilai tawa yang mengurangkan daya ingatanku padaMu…

 

 

 

 


Posted at 08:09 am by AsiahYusro
Make a comment  

Feb 28, 2008
semalam..

semalam aku menghadiri kuliah fiqh yang disampaikan oleh seorang ustaz menggunakan kitab "iman, hakikat, rukun dan pembatalannya" karya Dr. Muhammad Naim Yassin.Apa yang ustaz tu sampaikan memang membuatkan hatiku sedikit bergoncang...

Antara perkara yang disampaikan:

1. pintu taubat akan tertutup bila kita dapat lihat tempat kita di akhirat. (apa perlu kita tunggu dekatnya saat itu baru kita nak bertaubat sedangkan kita sendiri tak tau bilakah kematian akan datang menjemput kita..)

2. Antara ciri-ciri orang yang terpelihara jasadnya di dalam kubur adalah :-

- para Anbiya`

- para syuhada`

- hafiz quran

- orang yang melaungkan azan

3. Antara orang yang akan dihukum diakhirat kelak adalah orang yang menghafaz alquran kemudian melalaikannya.. (MasyaAllah terus teringat, sebelum ni aku dah hafal pun beberapa surah tapi sekarang dah tinggal sipi2 ja lagi. teringat hadis nabi yang mengatakan alquran tu lebih cepat terlepasnya dari manusia dari cepatnya unta terlepas dari talinya..tu la yang berlaku kat aku.. moralnya kena tengok balikla hafalan2 tu supaya tak dicela alquran)

4. kita sebenarnya sakit. sebab apa ustaz tu kata macam tu? sebab kan kita diajarkan tentang kemanisan iman dan kemanisan dalam mengerjakan ibadah.. tapi mengapa kita tak dapat merasakan kemanisan tu? sebab kita sakit.. hati kita sakit..umpamanya, kalau kita sakit,orang masak sedap mana pun kita akan rasa payau(tawar).. macam tu la dengan ibadah..walaupun kita beribadah setiap hari tapi kita tak dapat merasai kemanisannya kerana kita sakit.. sakit rohani

5. Apa yang menyebabkan kita sakit? ... banyaknya maksiat di sekeliling kita.. kita terlibat dengan maksiat. hati kita kotor.. kurang ingat kat Allah. seorang sahabat bagi komentar.. kalau sakit kenalah jumpa dengan doktor. sejurus tu juga ustaz kata ubat bagi hati yang sakit ni adalah zikrullah.

jadi, sama2lah kita nilai balik diri kita .. Smile


Posted at 07:41 am by AsiahYusro
Make a comment  

Feb 26, 2008
jaulah..

salam ukhwah..

   ku melalui minggu ini dengan penuh cabaran dan dugaan.. banyak bebanan tugas, asignment dan macam2 benda lagi. tapi yang paling best lawatan ke Politeknik kuching dan rehlah kat matang family park.. rasa kurang sket stress kat otak..nak tengok gbr2nya?

bergambar kat dalam maktabah RAPI

namun sepanjang perjalanan pulang, walaupun mulut asyik mengunyah makanan (makan aiskrim dalam bas) tapi fikiran ini tak dapat fokus dan menghayati makanan tu walaupun sedap.. asyik memikirkan, apa yang aku dapat dari perjalanan yang agak memenatkan tu.. bila reflek2 balik, aku dapat merasakan indahnya persahabatan yang terjalin penuh kasih sayang,keikhlasan dan saling kepercayaan.. dalam jalan2 nak cari port yang cantik untuk ber`posing`, hati ini smpat memuji kebesaran Allah yang telah menjadikan alam ini begitu indah.. walau banyak benda nak kongsi sebenarnya tapi terpaksa di tangguhkan coz perut ni dah mula berkeroncong minta diisi.. apapun i`ll share with u in the next time

 


Posted at 09:59 am by AsiahYusro
Make a comment  

Feb 22, 2008
life is not like in your dream..

ikhwan dan akhawat..

   salam ukhwah buat semua..

ikhwan dan akhawat

hidup ini bukanlah semudah yang kita impikan

yang kita sering angankan..

tapi hidup ini adalah satu perjuangan yang akhirnya adalah pada

satu titik dimana nafas kita berada di tenggorokkan..

ikhwan dan akhawat,

sering aku melihat kelilingku..

bi`ah yang aku harapkan tidak menampakkan rupa

aku sedikit hampa..

terdetik di hatiku "andailah aku dulu pernah melalui tarbiyah.."

tapi aku tak sepatutnya menyesali apa yang telah Allah takdirkan bagiku

ikhwan dan akhawat..

apa yang kian aku takuti kini kian menampakkan dirinya..

al-quran pada lidah orang-orang fasiq

apakah aku tergolong di kalangan mereka yang beramal dengan al-quran?

ataukah aku hanya membacanya sebagai satu rutin..

yang kurang memberi kesan di hati..

Ya Allah, maafkan andai hambaMu ini pernah tersasar..

tapi tak sanggup rasanya aku untuk kembali ke lembah kehinaan

alangkah beruntungnya insan2 yang pernah ditarbiyah..

asasnya kukuh..

hanya terpulang pada dirinya untuk memilih..

bertahan atau kecundang..

ikhwan dan akhawat..

janganlah kita menjadi insan yang lalai dari penciptaNya..

leka dalam mengejar nikmat dunia

buas mengejar cinta manusia

hingga ingatan pada makhluk melebihi penciptanya..

ikhwan dan akhawat

leraikanlah hati kita dari kecintaan yang melampau

pada hakikat dunia yang hanya sementara

kelak kitalah yang akan merasakan

pedihnya sebuah kehidupan yang penuh hilai tawa

lantas gagal mengecap indahnya syurgaNya..


Posted at 07:06 am by AsiahYusro
Comment (1)  

Feb 21, 2008
surat buat sahabatku..

 

masa handle perhimpunan bulanan..

sahabat..

setiakah aku sebagai temanmu?..

setiakah aku berada disisimu..

dikala kau memerlukan aku sebagai temanmu

sahabat..

sempurnakah aku sebagai sahabatmu

andai aku berani mengkhianati persahabatan kita?

sahabat..

layakkah aku digelar sebagai sahabatmu 

seandainya aku membelakangi persahabatan kita..

sahabat..

kadangkala mungkin dirimu kecewa

lantaran sikapku yang sering berubah-ubah

namun persahabatanku ikhlas..

aku jua takkan pernah sanggup 

membelakangi dirimu yang sentiasa berada dibelakangku

 aku takkan pernah mengkhianatimu..

sahabatku..

ketahuilah..kadang-kadang aku kecewa

bila ada di kalangan kita yang seakan mengkhianati

persahabatan yang ku pelihara seikhlasnya

tak kurang juga musuh dalam selimut

yang cuba merobek kasih sayang yang terbina..

hanya Allah yang maha tahu

betapa besarnya erti sbuah persahabatan dalam hidupku

dan betapa sakitnya jika ada yang berani mengkhianati..

sahabatku

teguhlah bersamaku..

takkan pernah ku membelakangimu

kerana aku mencintaimu kerana Allah

aku mengasihimu kerana Allah

aku juga ingin menjadi sahabatmu

di dunia dan akhirat..


Posted at 09:26 am by AsiahYusro
Make a comment  

Feb 20, 2008
Indahnya Al- Quran

 

Assalamualaikum..

salam ukhwah buat ikhwan dan akhawat yang berkunjung ke blog ini.. hasrat hati ini ingin mengajak semua untuk kembali merenungkan keindahan al-quran, kalam Allah yang mulia ini..

ikhwan dan akhawat,

    sekiranya isi kandungan al-quran in dibahagikan mengikut tema. ia dapat dibahagikan seperti berikut:

  • Memperkenalkan Allah dan cara menyucikanNya
  • memperkenalkan kehidupan akhirat dan cara memperoleh syurga
  • memperkenalkan para nabi dan para rasul serta cara mengikutinya
  • memperkenalkan kewujudan makhluk lain dan alam yang tersembunyi
  • adanya kitab-kitab suci lain serta isinya
  • cara-cara membentuk keperibadian khalifah Allah
  • methode membina keluarga sakinah
  • strategi membangun struktur masyarakat marhamah
  • petunjuk menjadi pemimpin yang baik pedoman membentuk kehidupan alam semesta yang berkat.

 

 Ikhwan dan akhawat sekalian,

   Dalam membicarakan tentang isi Al-quran dalam memperkenalkan Allah dan cara menyucikanNya, Al-quran berfungsi sebagai satu kekuatan bagi berlindung daripada pengaruh syaitan yang terkutuk supaya tidak dipengaruhi dan tidak termasuk dalam golongannya.

   Al-quran juga mengajarkan manusia agar sentiasa menggunakan namaNya sebagai maha pengasih dan maha penyayang supaya selalu memperoleh sejumlah kenikmatan dan pembalasan berbentuk kebaikan tanpa batas

   Dengan Al-quran juga, kita dapat mengenal nama-namaNya (asmaul husna ), sifat-sifatNya, pemberianNya dan perilakuNya yang sebahagiannya dijumpai dalam Al-Quran

   Membaca Al-Quran juga dapat dijadikan sebagai satu usaha untuk mendekatkan diri kepada Allah yang begitu mengambil berat kebahagiaan manusia di dunia dan di akhirat. 

Ikhwan dan Akhawat,

   Seterusnya dalam memperkenalkan kehidupan akhirat dan cara memperoleh syurga pula, Al-Quran menyampaikan maklumat asal manusia sebelum di turunkan ke dunia iaitu alam syurga yang penuh dengan kenikmatan dan kelazatan tanpa batas. kemudian manusia menginginkan kehidupan itu sewaktu berada di dunia dan ia pasti akan terjadi di alam akhirat nanti

   Al-Quran juga memberi gambaran bagaimana kehidupan di alam dunia dengan alam akhirat, terutamanya perbezaan-perbezaan yang jelasantara dua alam itu. Disamping itu, ia juga menyampaikan sejumlah cara bagi mendapatkan syurga, disertai dengan ancaman neraka, penderitaan yang tidak berakhir dan apabila melakukan perbuatan yang dimurkai Allah merugikan diri sendiri.


Posted at 09:38 am by AsiahYusro
Make a comment  

Feb 14, 2008
kita ada mata, telinga, hati dan akal.....

ikhwan dan akhawat..

berapa ramai antara kita yang masih sensitif dengan islam? hari ini, saya melihat satu berita yang mungkin akan menggempakkan semula dunia islam.. German kini mencetak semula karikatur yang menghina nabi kita Muhammad SAW. apa yang dah berlaku dengan dunia ni?

Masya Allah, tak tahu apa yang sedang bergolak di hati ini. tapi di sana sini, islam di gelar terrorist, islam dikatakan melahirkan pengganas hinggakan tiap kali kita menyebut islam, dah terbayang awal2 di fikiran manusia islam itu seperti yang di gembar gemburkan.. tapi sejauh mana kebenarannya? apa yang di sebarkan bukanlah seperti yang dibawa oleh junjungan besar yang amat kita kasihi Muhammad SAW.

tapi apa yang menyedihkan hati, lihatlah, dimana-mana umat islam tak bersatu.. kuasa mengatasi iman.. lebih ramai yang mengimpikan kuasa dari syurga yang dijanjikan Allah menjadi balasan bagi mereka yang bertaqwa. Apa natijah dari semua ni? kita jadi lemah.. perjuangan kita menegakkan panji Allah terasa sempit.. tapi bagi yang ikhlas, itu adalah satu anugerah dari Allah.. dan kenikmatannya pasti akan dirasa dihari pertemuan denganNya nanti..

ikhwan dan akhawat,

ayuhlah kita nilai semula diri kita, iman kita.. Allah dah berikan mata untuk melihat, Telinga untuk mendengar dan akal dan hati untuk menilai.. manfaatkanlah nikmat ini sebelum kita dipertanggungjawabkan dihadapan Allah kelak..


Posted at 09:38 am by AsiahYusro
Make a comment  

Feb 12, 2008
aku kau dan dia

aku kau dan dia?

siapa aku? siapa kau? dan siapa dia?

inginku rungkaikan segala kekacauan dalam diriku, ku katakan aku kenal diriku, tapi mengapa sering aku bertindak seolah-olah aku lupa asal usulku dari air yang hina yang jika gugur ke bumi, ayam pun tak patuk..

siapa kau?

aku sering menudingkan jari menghala padamu,mengungkapkan segala salahmu tanpa aku menyedari salah diriku.. aku mengatakan "kau salah! kau siapa nak betulkan salahku?".. terkadang kau dan aku juga terlupa, kita adalah saudara seagama, lantas tegur menegur, nasihat menasihati dan sayang menyayangi itu sepatutnya kita miliki.. tapi perpecahan yang kita junjungi.. ego mempertahankan kebenaran diri..sedang bukan sedikit orang yang lebih rendah menegur yang lebih tinggi..bukan sedikit ilmuan islam yang belajar dari anak muridnya sendiri.. yang membezakan aku dan kau hanyalah taqwa.. jadi jangan pernah angkuh dan takbur..lakukan segalanya dengan keikhlasan,dan keikhlasan itu umpanya semut hitam di atas batu hitam dalam suasana yang gelap gelita. tidak terlihat oleh pandangan, tidak terukur dengan perkiraan..lantas siapa kita untuk menilai?

Siapa Dia?

Dia adalah Allah.. antara aku dan kau ada Allah. antara aku dan orang lain juga ada Allah.. antara aku dan diriku juga ada Allah.. Allah meliputi seluruh kehidupanku dan kehidupanmu..

lantas siapa kita untuk menilai kehidupan ini? apa kita sentiasa di atas sirat al mustaqim atau tersasar sedikit ke jalan yang keliru? terkadang aku dan engkau sering bertelagah hanya kerana perkara yang andainya kita berbincang secara hikmah mampu kita selesaikan dengan mudah. sedang rasulullah SAW telah berpesan, kembalilah kepada Quran dan Sunnah dalam menyelesaikan masalah.. baginda juga berpesan, berhikmahlah!!.. lantas atas bukti apa kita mengatakan kita cinta pada Allah dan RasulNya...fikir-fikirlah..


Posted at 11:13 am by AsiahYusro
Make a comment  

Feb 2, 2008
munajat seorang hamba

 Kerana aku seorang hamba

yang sering alpa dengan nikmat dunia

aku sering terlupa untuk berterima kasih

sering terlupa untuk mensyukuri

hingga Tuhanku menguji diriku

dengan hilangnya apa yang aku miliki

kerana aku seorang hamba

yang sering lewat menyembahnya

hanyut mengejar nikmat dunia

tenggelam dalam dunia angan-angan

hingga Tuhanku mentakdirkan aku terjatuh

baru aku sedar semula

mencari-cari dimana sinar yang pernah menyuluh hidupku

kerana aku seorang hamba

aku kini tersungkur menjejak petunjuk

hidayah yang kian malap di hatiku

ditutupi noda-noda dan titik dosa

kerana aku seorang hamba

aku mengharap kasih Tuhanku

aku mencari sinar hidup yang baru

semoga kan ku temui jalan menujuMu..


Posted at 05:44 pm by AsiahYusro
Comment (1)  

Aug 27, 2007
pada siapa cinta harus diletakkan..

03.gifPada siapa cinta harus di letakkan?

> Tidak ada siapa pun yang dapat larikan diri daripada mencintai dan dicintai. Kemuncak cinta, ada orang yang masuk syurga krn cinta dan tidak kurang ramai yang akan dihumbankan ke dalam neraka gara-gara cinta. Cinta yang bagaimana boleh bawa seseorang ke syurga, dan yang bagaimana pula yang dapat memasukkan kita ke dalam neraka?
> >
> > Datangnya cinta dari dua sumber yakni hawa nafsu dan dari Allah. Cinta yang diilhamkan nafsu berlaku bila hati kotor, sering melakukan dosa dan tidak pula bertaubat. Cinta nafsu itu tidak berkekalan dan hanya akan menyusahkan manusia di dunia ini.
> >
> > Sebaliknya cinta dialirkan oleh Allah ke dalam hati, itulah cinta yang benar, suci lagi murni. Cinta yang bukan diukur ikut pandangan mata, tapi ikut pandangan Allah. Ia bersebab kerana Allah dan cinta diberi pun untuk dapat keredhaan Allah. Cinta begini tiada batasannya. Dan cinta lahir hasil dari sama-sama cinta pada Allah.
> >
> > Ianya boleh berlaku pada sesiapa - antara sahabat, keluarga mara dsb. Kalau ianya berlaku antara lelaki dan perempuan yang tidak diikat oleh tali perkahwinan, mereka tidak akan perlu berjumpa, bercakap atau memerlukan apa saja yang bertentangan dengan kemahuan Allah. Cinta mereka tidak akan Dicelahi oleh nafsu berahi. Sebaliknya cinta itu ialah tautan hati yang belaku walaupun tak pernah kenal atau baru kenal tapi hati rasa sayang dan rindu.
> >
> > Kalau berlaku antara suami isteri, maka isteri akan letak seluruh ketaatan pada suami kerana cintanya pada suami datangya dari Allah hasil dari ketaqwaan isteri. Sumber cinta dari Allah akan meletakkan Allah yang paling tinggi dan utama. Bila berlaku pertembungan antara cinta Allah dengan cinta makhluk, akan cinta Allah dimenangkan.
> >
> > Cinta Allah adalah taraf cinta yang tinggi. Cinta pada Allah akan lahir bagi orang yang sudah cukup kenal akan Allah. Kerana cinta lahir bersebab. semuanya datang dari Allah - kebaikan, kemewahan dan kecintaan yang diberikan itupun atas rahmat dan kasihan belas Allah pada kita. Sehingga Allah izinkan makhluknya yang lainnya cinta pada kita. Walhal Allah boleh bila2 masa Menarik rasa itu dari hati orang-orang tadi kalau Allah mahu. Segala nikmat itu datangya dari Allah. Diberikan pada kita samada pada masa kita ingat ataupun pada masa kita lalai. Begitulah,kebaikan Allah pada kita - "Kalau kau hendak menghitung nikmat-nikmat Allah, nescaya kamu tidak terhitung."
> >
> > Oleh itu orang yang benar2 kenal dan beradab akan malu kepada Allah, dan cintanya hanya tertumpu pada Allah. Bila cinta pada Allah sudah penuh dalam hatinya, akan tidak ada tempat lagi untuk cinta selain dari itu. Jika hati atau cinta itu diberikan pada manusia akan dirobek-robekkannya. Tapi kalau hati yang pecah itu diberikan kepada Allah nescaya dicantum-cantumkan-Nya.
> >
> > Oleh itu, seorang yang bijak dan beradab akan meletakkan kecintaan yang besar pada Allah,
03.gifpada Rasulullah SAW dan barulah pada makhluk-makhluk lain di samping-Nya. Itulah perletakkan cinta yang betul dan menguntungkan di dunia dan di akhirat.


Posted at 02:40 pm by AsiahYusro
Comment (1)  

Next Page